Monday, September 6, 2010

Roadtax

Tahun ni alhamdulillah setakat ini kereta tak buat masalah mcm tahun-tahun lepas... cuma ada masalah skit bila start sejuk sebab autochoke nya kaput... tapi itu masih boleh dikira masalah kecil lg.. mintak2 x meleret.

cuma hari jadi nya shj mcm hampeh... 4hb sept. adus... kacau gak la budget utk beraya... baru harini dpt contact agen yg handle pasal insurans & roadtax kereta ni. mintak2 la jgn lama sgt dia mabik masa nak renew semua tu. arini dah 6hb.... aku bawak je kete dgn roadtax yg dah xpired... huhuhu.. jgn la hari rabu ni x siap lg... plan nak balik kg hari rabu ni...

mintak2 dipermudahkan dan selamat perjalanan balik kampung raya ni. amin.

Tuesday, August 10, 2010

Jalan Ditutup Sempena Ramadhan

Baru terbaca di bharian.com.my. polis akan menutup laluan arah dari bulatan stadium shah alam sehingga persimpangan brunsfield. jalan akan ditutup dari jam 4.30ptg sehingga 7.30mlm.

seperti kebiasaannya... payah nak tau exact jalan yg nak ditutup... selagi x berdepan sendiri. atau aku yg ketinggalan bas... hahahhaa..

apapun aku assume jalan yg ditutup seperti map kat bawah ni

jalan yg ditutup kalau mengikut pemahaman aku... dari arah bulatan kayangan (point A) sehingga ke pesimpangan Brunsfield(point B). aku agak shj ni... apapun esok baru dpt tau keadaan sebenar.

as aku yg perlu ke tesco xtra utk ambik wife aku setiap hari pada pukul 6ptg... terpaksa la ikut jalan jauh dari tadisma business park menghala ke persimpangan TTDI dan masuk semula ke persimpangan brunsfield. mintak2 x la teruk sgt jem nya(harapan yg sgt tipis...) hahahaha... or else.... keluar opis kul 4.... hahahahhahahhaa

**UPDATED

hari pertama je polis tutup jalan ni.... dia punya jem x hengat punya.... last sekali around 5.30ptg polis bukak balik jalan yg ditutup... baru la reda skit semua jalan dr jem.... tapi simpang nak ke tesco xtra polis still tutup. x boleh kekanan. so sapa yg nak kekanan kene lajak kedepan and buat u-turn dpn brunsfield.

Monday, August 9, 2010

Kasut 3 Luqman

Mula-mula kesian dgn abg Hairi. sandal dia dah start x berapa nak lekat dia punya zap on. mudah terbukak.

tapi alang-alang dah nak raya terus belikan diaorg kasut utk raya terus. x payah nak berebut-rebut masa nanti.

Kasut Luqman bertiga... Hairi, Danish & Aqeel

Abg Hairi

Abg Hairi dah pandai pilih sendiri... x nak yg abah & ibu pilihkan... dia nak yg dia pilih sendiri.

Abg Danish

Adik Aqeel

satu dah setel... byk lg x setel... hehehehe

Sunday, August 1, 2010

Danish & Durian

Danish dah ikut jejak mak & abah dia... pantang jumpa durian... hahahhaha

Tak mcm abg hairi... danish mmg suka betul makan durian... bersih/licin kalau makan... tinggal biji jer...

sekarang ni biasa beli durian dkt tesco. sebab dah tau apa yg kita akan dpt. dah jarang sgt beli durian ikut biji-biji kat shah alam/KL ni... selalu sgt upset. kalau kat kampung baru cari durian sebiji-sebiji.

kalau ajak danish g tesco... dr jauh dia dah bau durian... terus belari mencari... hahahhaha... parah abah dia....

Monday, July 19, 2010

Kenduri Aqeel

4hb Julai lepas atuk & nenek abah buatkan kenduri utk Aqeel. bukan utk Aqeel sorg, tapi sekali kan dgn Umar anak cik alim skali.

Aqeel blum buat aqiqah lg. abah tgh x ada budget lg. sorry ye Aqeel. abag2 Aqeel semua buat awal, Aqeel je dah terlajak nak dkt setahun. nanti abah ada rezeki abah buat cepat2.

terima kasih kat atuk & nenek sebab buatkan kenduri utk aqeel & umar.

Thursday, July 15, 2010

Mengaku Salah

Kenapa sukar utk mengaku salah??????
  • adakah kerana ego?????
  • atau jenis yg x sedar diri????
  • perasan bagus??????

    pergi mampus ........

     

     

     

     

    **maaf mengunakan bahasa kasar....

  • Kematian

    Al-Fatihah...

    kematian itu sesuatu yang akan berlaku. cuma bila, dimana & bagaiman sahaja kita tidak tahu.

    Selasa lepas saya ke kota tinggi johor. lebih tepat felda sg mas, kota tinggi johor. x jauh dr desaru & bandar penawar.

    Ikhlas, inilah kali pertama saya sampai ke kota tinggi walaupun saya adalah org johor.

    saya pergi melawat sepupu isteri yg baru shj meninggal dunia.

    apa yg nak saya sampaikan adalah pengajaran yg saya perolehi dr situasi tersebut.

    sifat arwah yg begitu mengHORMATI & menJAGA si ibu sehingga ke saat2 akhir hayatnya mendapat pulangan di muka bumi ini lg. akhirat nanti adalah urusan dgn Nya. begitu mudah & tenang kematian nya disamping ibu yg disayangi... pergi dengan sentuhan seorg ibu merupakan perkara yg kita sendiri x tentu boleh merasai.

    mungkin arwah pernah melakukan kesilapan lampau. tapi arwah tidak menjadikan ia sebagai alasan. kesilapan ditebus dgn penuh keinsafan. hati ibu yg dijaga selama ini memberi pulangan yg berlipat kali ganda.

    kepada kita semua yg maish hidup... jaga lah & hormatilah ibu & bapa kita. restu dan doa kedua ibu bapa kita merupakan antara perkara yg paling penting dlm hidup ini.

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... amin... Al-Fatihah....