Monday, July 20, 2009

Pengguna Jalanraya Di Malaysia

Aku pun selalu melanggar undang2 jalanraya.. terutama bab had kelajuan. tetapi aku biasa bawak laju kat highway jer(walaupun salah.. tapi aku X memandu Zig-zag mcm org x tahan nak g jamban.. hehehehe .. ).. tapi aku mengaku biasa melanggar undang2 jalanraya gak.

cuma yg aku nak cuba sampaikan disini.. [email protected] sesetengah pemandu yg pentingkan diri sendiri. bila terlampau pentingkan diri sendiri biasanya akan terjadi perkara yg menyusahkan org lain.

antara [email protected]@sikap pemandu yg biasa kita jumpa:

  • bercinta dilorong paling kanan - ayoyo... jgn la jadikan lorong paling kanan anda seperti milik persendirian anda.. lorong paling kanan di khaskan utk lorong laju.. walaupun anda seorg insan/rakyat yg mengikuti undang2 memandu dibawah had kelajuan yg ditetapkan.. anda masih perlu memberi laluan kepada kereta yg lebih laju dari anda jika berada dilorong paling kanan. Tak kira la anda ikut undang2 had kelajuan atau tidak. ini sudah termaktub dalam undang2 jalanraya juga. Tak percaya pegi ke JPJ atau jumpa polis trafik, ajukan soalan ini.
  • Cucuk anda bila anda dilorong paling kiri - Malaysia tidak mengamalkan minimum kelajuan dilorong paling kiri, lorong ini mmg ditujukan khas utk pemandu yang memandu perlahan. tetapi jgn le bawak 10Km/J. tetapi jika anda membawa pelahan tetapi ada yg x reti bahasa cucuk rapat belakang anda... anda hanya perlu perlahan kan kenderaan anda seperlahan yg boleh... bagi dia rasa...nak memotong gi la lorong kanan. hahahahhahhaa.. kuang hajaq noh... hehehhee.. tapi kalau jln 1 lorong shj.. jgn la buat mcm tu... sian depa..
  • X reti nak bagi signal bila nak menukar lorong, membelok atau memeotong - yang ni lagi sekor hantu jembalang tanah x reti nak pakai signal. membahayakan. biasa gunakan signal tu. walaupun nak mencilok sekali pun, pakai signal. paling tidak, kenderaan dibelakang anda tahu tujuan anda. kalau mereka marah sekalipun, mereka telah bersedia utk menghadapi kemungkinan anda nak membelok, memotong atau menukar lorong. ini meyelamatkan anda dan org lain.
  • Memotong pakai gear 4, lagi cerdik ketika naik bukit - x tau nak ckp apa... kut yer pun pemalas nak tukar gear... ikut2 le keadaan... agak2 ada kenderaan kat belakang jgn le buat perangai anda tu... kalau x de kenderaan lain x pa... isk.. pemalas...
  • Pengunaan Lampu kecemasan (Hazard Light) - Kalau tgh hujan lebat, anda akan jumpa ramai org berbuat sebegini. SALAH... salah tau... x boleh... hazard light hanya boleh dipasang jika kenderaan anda dlm keadaan statik. tujuan anda memang baik, utk membolehkan org lain nampak anda. tapi niat tidak menghalalkan cara. tetap SALAH.
  • Parking sesuka hati bapak tiri laki mak dia - kut yer pun x da prking, bertimbangrasa la skit. jgn la kat selekoh atau tempat yg boleh menyusahkan org lain. ni kadang2 mentang2 bawak kancil.. dia ingat semua org bawak kancil, kete dia lepas semua kete bleh lepas... mana bleh... isk... kalau nka illegal parkign sekalipun jgn sampai menyusahkan. tidak dinafikan kita terpaksa parking ditempat yg tidak dibenarkan disebabkan beberapa perkara seperti kecemasan dan ketiadaan prking kosong. tapi ingat la, jangan sampai menyusahkan org lain. dan kalau double parking, alert dgn bunyi hon kete ataupun paling tidak, tinggalkan no phone anda di dashboard kereta anda utk senang anda dihubungi. satu lagi, biasanya kat malaysia ni tempat parking dah cantik di sediakan kotak utk memudahkan kita menyusun kereta. jgn parking melintang or mcm haram... buta or buat-buat buta? kang tuhan tarik balik nikmat tu kang... menyesal..
  • Parking ditempat OKU - biasa kereta2 besar2 yg buat mcm ni.. nak kata bodoh pandai leh pakai kete besar.. tapi... isk... malas nak ckp dah... stooooooopiiiiiiiiiiiidddddddddddddd.

itulah perkara biasa yg kita akan jumpa bila memandu di malaysia... x tau mcmana nak mengubah [email protected] rakyat malaysia kalau memandu.

tidak dinafikan semua org akan buat salah, cuma jgn samapi salah anda membahayakan dan memudaratkan org lain... nasihat ini utk saya sendiri juga.. sentiasa beringat sebelum terkena... setakat saman mungkin anda boleh bayar.. kalau melibatkan org yg anda sayang? bagaimana?

No comments: